Wednesday 17 September 2014

Pendudukan Kuasa Asing: Pendudukan Portugis

  • Pada tahun 1511, Portugis menyerang Melaka . Walaubagaimanapun, Portugis hanya berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja.Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad mengundur diri dan meneruskan era Kesultanan Melayu ke negeri Johor dan Perak.

"Illustrasi yang menunjukkan Portugis menyerang Melaka"

  • Apabila berjaya menawan Melaka, Portugis menghantar Wizurai Alfonso de Albuquerque ke Kota Melaka untuk melaksanakan beberapa tugas.
  • Wizurai Alfonso de Albuquerque ditugaskan :
    • mensyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka.
    • membina sebuah kubu(A Famosa) untuk mengelak daripada sebarang serangan terutamanya serangan daripada Sultan Mahmud..
  • Sultan Mahmud telah beberapa kali mencuba menawan semula Kota Melaka tetapi tidak berjaya.
  • Sistem pentadbiran Portugis adalah berbentuk militer atau kenteraan.
  • Sistem Pentadbiran Portugis adalah seperti berikut:
    • Raja Portugal  Kapten Kota Melaka  Wizurai (Alfonso de Albuquerque) Hal Ehwal Militer = Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan = Pentadbiran Orang Tempatan

    • *  NOTASI:
      •  > menunjukan kedudukan yang lebih tinggi
      • = menunjukan kedudukan yang sama taraf
      • Kapten Kota Melaka  *bertugas selama 3-4 tahun *dilantik daripada golongan Fidalgo
      •  Hal Ehwal Militer *Kapten Jeneral berhidmat setiap  3tahun*dibantu oleh golongan feitor

  • Namun begitu sistem perdagangan Portugis tidak disenangi  oleh pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka.
  1. Sebab-sebabnya pedagang-pedagang tidak menyenangi sistem perdagangan Portugis:
  • Semua kapal pedagang diwajibkan membayar cukai sebanyak 6%-10%
  • Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenarran
  • Diskriminasi islam
  • Memonopoli barangan dangan utama
  • Membeli dengan harga  murah

  • Hal ini telah membawa kepada kemerosotan ekonomi Portugis di Melaka.
  • Selain itu, Portugis (Melaka) juga terlibat dengan peperangan Tiga Penjuru/Perang Tiga Segi
  • Peperangan Tiga Segi meletus pada abad ke-16 yang melibatkan tiga pihak ,iaitu:
    • Portugis(Melaka)
    • Aceh 
    • Johor
  • Kesan daripada kemerosotan dan peperangan ini telah membuatkan Portugis(Melaka) jatuh ke tangan Belanda.
  • Walaupun Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, tetapi Portugis tidak dapat meluaskan kuasanya kerana tidak berjaya menyebarkan agama Kristian kerana kekuatan agama Islam pada waktu itu.

Tuesday 16 September 2014

Pendudukan Kuasa Asing: Pendudukan Belanda



  • Eskpedisi Belanda yang terawal tiba di Kepulauan Melayu adalah pada tahun 1559. Tahun berikutnya semakin banyak pedagang-pedagang dari Belanda yang berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu bagi mendapatkan rempah ratus ,buah pala dan kayu cengkih.
  • Kepesatan perdagangan telah mendorong para pedagang dari Belanda bergabung membentuk  Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde Oost-indisiche Compagnie) atau V.O.C pada 20 Mac 1602.
    • Tujuan penubuhan V.O.C:  *menguasai pedagangan rempah di Kepulauan   Melayu*memonopoli perdagangan bijih timah


"Gambar di atas merupakan illustrasi kapal  Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde Oost-indisiche Compagnie)  "

Nota: VOC ialah sebuah syarikat perdagangan Belanda yang dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia ditubuhkan pada tahun 1602 oleh kumpulan pedagang Belanda di Betawi.

Belanda di Melaka

  • Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa pada tahun 1619, Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada pedagang dari seluruh dunia dan lama-kelamaan populariti Portugis di Melaka semakin merosot













                "Gambar di atas merupakan illustrasi peta dan penjajahan Belanda di Melaka"



  • Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara dihapuskan .Belanda juga bertujuan menghancurkan pelabuhan Melaka dan menarik minat para pedagang asing dan serantau Betawi.

  • Belanda pada akhirnya berjaya mengusir Portugis di Melaka dengan bantuan kerajaan Johor. Setelah menguasai Melaka Belanda telah melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka.Dasar dan matlamat  tersebut ialah :
    • Setiap kapal pedagang diwajibkan mendapatkan pas kebenaran berdagang untuk berdagang di Melaka.
    • Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja Melayu (Perak, Selangor dan Sungai Ujong)
  • Belanda dikatakan telah berjaya mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada akhir abad ke-17 hingga abad ke 18.
  • Pedagang Cina amat meminati  timah-timah negeri-negeri dari Tanah Melayu kerana ianya lebih mudah ditempa berbanding dengan timah dari barat.

Belanda di Perak

  • Belanda telah dibenarkan menjalankan perdagangan timah seawal tahun 1639 oleh Sultan Muzaffar shah II.
  •  Setelah menawan Melaka pada tahun 1641, VOC menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak  tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar. Ini membuatkan Belanda(Cornelis van der Lijn) berasa tidak puas hati membuat tindakan keatas Perak.
  • antara tindakan yang diambil Belanda ialah:
      • menyekat pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di Kuala Sungai Perak.
      • meminta bantuan dari Aceh, untuk memonopoli timah di Perak tetapi Sultan Tajul Alam hanya membenarkan berniaga di perak 

  • Pada tahun 15 Ogos 1650, John truijtman dihantar ke Aceh untuk berunding dengan Sultan Muzaffar dan seterusnya mendirikan loji.
  • Namun, loji teserbut diserang oleh orang Perak dan kesanya loji tersebut musnah serta 27 orang terbunuh.
  • Oleh itu, Trijutman ke Perak dan menuntut perkara-perkara tersebut:
      • Perjanjian supaya diperbahrui
      • memonopoli bijih timah sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji.
      • menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan
        .
  • Truijtman menyekat kapal-kapal di muara Sungai Perak dan mengepung Aceh. Jadi, Sultan terpaksa menandatangani perjanjian dengan Belanda pada 20 Jun 1659 yang menyatakan hanya Belanda yang berhak membeli timah di Perak dengan harga 3o rial sebahara.
  • Pada tahun 1670, Belanda membina kota di Pulau Pangkor dan diserang Perak pada tahun 1676 dan 1677.
  • Belanda terus mengukuhkan kedudukannya di Pangkor sehingga mengawal laluan perdagangan di Perak.
  • Belanda telah berjaya mengaut 450 ribu timah  dari Perak ke Melaka.

                         "Gambar ini menunjukkan bangunan yang dibina dalam kota di Pulau Pangkor"

  • Ketika Perak di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah, satu perjanjian telah ditandatangani oleh baginda sendiri dengan Belanda yang diwakili oleh Everard Cramer pada 17 Oktober 1765.
  • Perjanjian yang mengandungi 13 fasal itu ada menyebut:
      • sultan berjanji membekalkan timah kepada Belanda dengan harga 34 rial sebahara. 
      • sultan bertanggungjawab agar tidak berlaku penyeludupan dan sesiapa yang melanggarnya akan ditangkap
  • Apabila takhta di pangku oleh Raja Muda, baginda menaikkan harga timah kepada 44rial sebahara.Namun, pada 1795 loji Belanda terpaksa ditutup pada tahun 1795 akibat beberapa faktor seperti Surat-surat Kew dan status VOC.

Belanda di Selangor

  • Di Kuala Selangor  satu bahara dijual dengan harga 38 rial, Belanda menawar 36 rial sebahara timah di Selangor tetapi harga semasa 39 rial. Belanda tidak berpuas hati dan telah menyalahkan Sultan
  •  Selangor sebagai bertanggungjawab mempengaruhi pengusaha timah di Perak,Rembau dan Linggi untuk menjual timah di Selangor
  • Pada tahun 1758, Belanda pernah mengalah Bugis menguasai daerah Linggi.
  • Dalam pertempuran tersebut , Belanda telah menandatangani perjanjian  dengan orang Bugis  yang menyatakan daerah Klang,Linggi dan Rembau mestilah menjual semua hasil timah mereka ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda.


"Gambar di atas menunjukkan Rumah Api Bukit Selangor di tempat pentempuran Selangor-Belanda,Bukit Melawati"

  • Belanda bertambah bimbang apabila British mengunjungi Kuala Selangor(Kapal:Junk Selangor dan The bloome) dan mula berniaga kain dan candu dan kemudiannya membeli dagangan timah di sini.
  • Peranan Sultan Ibrahim :
      • Sebagai pembekal semua hasil timah kepada British dengan harga yang lebih baik dan tinggi kepada Belanda
      • Mengadakan hubungan baik dengan British bagi mengelakkan ancaman kententeraan Belanda

  • Persaingan antara ekonomi yang meletus antara Johor dan Belanda serta melibatkan Selangor telah memaksa Sultan Ibrahim pada 29 Julai 1786 yang menyatakan Selangor memberi kebenaran kepada Belanda untuk memonopoili penuh perdagangan timah.

  • Melalui Surat-surat Kew Belanda menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada British.Setelah perang Napoleon tamat British terpaksa menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.

  • Oleh itu ,British mempengaruhi negeri-negeri Melayu dan memaksa Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda yang bertujuan mengagihkan kawasan Alam Melayu kepada dua iautu sama ada di kuasaan Belanda atau British










Monday 15 September 2014

Pendudukan Kuasa Asing : Pendudukan British

Pendudukan British
British merupakan antara kuasa barat yang berminat dengan kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan British bertujuan untuk mengeksploistasi sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan, hasrat British untuk terus menguasai ekonomi telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu.

Kedatangan British Ke Tanah Melayu
                        Di Selangor, Sultan Ibrahim mempunyai hubungan dengan pedagang-pedagang British. Kunjungan kapal-kapal British yang kerap ke Selangor dikenali sebagai country traders  merupakan faktor penyumbang pertumbuhan  perdagangan di Kuala Selangor. Pendatang-pendatang menjual kain dan candu dari India.Selepas itu, mereka membeli bijih timah dengan harga yang tinggi.
                     Bermula pada tahun 1778 hingga tahun 1780, bilangan kapal british ke Melaka meningkat daripada 62 buah  ke 65 buah.Sebuah Syarikat  Perniagaan Madras ditubuhkan pada tahun 1766 telah pergi ke Aceh dan Kuala Selangor untuk memasarkan kain dan timah.Selangor menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang British . Francis Light dan James Scott menggangotai syarikat.Hal ini kerana mereka mempromosikan kepentingan pusat-pusat perdagangan di Selangor,Kedah dan Pulau Pinang kepada pedagang British.
                           Pengunduran Belanda adalah akibat daripada Surat-surat Kew pada tahun 1795. British mempergiatkan usaha memonopoli bijih timah dan British juga mendapat lebih kurang  2000 bahara (6000 pikul) timah dari Perak untuk dibawa ke Pulau Pinang serta memonopoli timah di Selangor dan Perak menjadi tetap apabila termeterainya perjanjian perdagangan antara Sultan Selangor dan Sultan Perak dengan wakil British iaitu Walter Sewell Cracroft pada 30 julai 1818.
                       Perbuatan ini mengorak langkah ke negeri-negeri Melayu lain seperti Kedah.Pada tahun 1771, syarikat British iaitu Francis Jourdain mendapat kebenaran untuk  mendirikan loji di Kuala Kedah daripada Sultan Muhammad Jiwa .Pada tahun 1772,Sultan Muhammad Jiwa berjanji dengan Edward Monckton untuk menjual semua hasil gading gajah,lada hitam dan bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur British.Pada tahun 1784, Thomas Forrest berjaya mendapat kebenaran mendirikan banyak gudang dan loji di Kedah.
                         Hal ini menyebabkan Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang.British tidak terlibat dalam pentadbiran pada mulanya kerana hanya memberi tumpuan untuk memonopoli hasil ekonomi.Sikap British telah berubah apabila usaha memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan terganggu yang menyebabkan British campur tangan dalam penguasaan kawasan perlombongan bijih timah.




Campur Tangan British Dalam Politik Di Negeri-Negeri Selat

Pendudukan di Pulau Pinang :
                              Pendudukan British di Pulau Pinang bermula dengan British mencari tapak yang strategik di Selat Melaka.Oleh itu,Francis Light telah menemui Pulau Pinang dan ingin memiliki Pulau Pinang.Francis Light menemui Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan Pulau Pinang.Francis Light telah menemui Gabenor Jeneral NNS untuk mencadangkan Ujong Salang.
                  Seterusnya,Francis Light telah menemui Sultan Abdullah yang pada masa itu menghadapi masalah politik memberi persetujuan untuk memberi Pulau Pinang dengan syarat iaitu memberi bantuan tentera apabila diancam musuh.Sultan dibayar ganti rugi sebanyak RM 30000.Pada 11 Ogos 1786,penaikan bendera Union Jack diadakan.

Pendudukan di Singapura :
                             Pada 6 Februari 1819,Stamford Raffles berjaya menduduki Singapurakerana mengambil kesempatan terhadap pertikaian antara Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda kerajaan Johor.Raja Jaafar menyingkirkan Tengku Hussin daripada diangkat menjadi sultan Johor-Riau selepas Sultan Mahmud mangkat.Tengku Abdul Rahman pula mengisi jawatan tersebut.Tengku Hussin menerima pelawaan Stamford Raffles dan Tengku Hussin dilantik  sebagai sultan Singapura dan Johor.British dibenarkan menjadi Singapura sebagai pangkalan tentera dan perdagangan.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 :
                                 Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah ditandatangani antara Inggeris dan Belanda .Antara kandungannya ialah pengagihan kawasan Alam Melayu kepada dua iaitu dibawah kekuasaan British dan Belanda.Perjanjian ini memastikan penguasaan penuh British ke atas Negeri-negeri Tanah Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat lain.Kawasan British meliputi
Semenanjung Tanah Melayu , Singapura , Sabah , Sarawak dan Brunei manakala Kawasan Belanda menjajah negeri-negeri yang terdapat di bawah Singapura.Perjanjian ini menyebabkan empayar  Johor-Riau  telah terbahagi kepada dua dan menerima kesan yang mendalam  pada sistem pentadbiran.

Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu
                              
Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu mempunyai dua faktor iaitu faktor ekonomi dan faktor politik.Antara faktor ekonomi adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil-hasil-hasil dagangan utama dapat berjalan dengan lancar.Selain memonopolikan hasil-hasil dagangan,telah berlaku juga perkembangan Revolusi Perindustrian iaitu proses mengetin makanan yang memerlukan hasil bijih timah
 Dari segi dorongan politik pula,Britain sangat terpengaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Selain itu,dasar imperialisme mulai merebak di Britain.Hal ini menyebabkan kuasa asing boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan perhubungan perekonomian dengan  raja-raja Melayu.

Campur Tangan di Perak:
                              Negeri Perak merupakan negeri melayu yang terawal menerima penjajahan British.Hal ini kerana telah wujud perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi  gelap Cina.Sultan Abdullah yang mangkat telah digantikan oleh Sultan Jaafar.Raja Yusof yang sepatutnya menjadi raja bendahara telah disingkirkan.Raja Ismail dilantik memegang jawatan raja bendahara.Apabila Sultan Jafar mangkat,  Raja Yusof dinaikan jawatan yang lebih tinggi kerana Raja Abdullah dilantik sebagai raja muda.

Campur Tangan di Selangor:
                        Campur tangan di Selangor berlaku disebabkan oleh situasi yang tidak aman.Kebiasaannya,pembesar-pembesar akan mengutip cukai yang merupakan pendapatan utama pembesar-pembesar dibuat di pintu masuk iaitu di muara – muara sungai.Perbuatan ini telah menjadi satu tradisi.Semasa kapal yang melalui muara sungai itu enggan membayar cukai,mereka akan dipaksa untuk bayar dan dianggap sebagai rompakan atau pelanun.
                           Ramai pedagang dan orang British menyampaikan aduan rompakan kepada Andrew Clerk.Pada bulan jun 1871, sebuah kapal saudagar Cina dari Pulau Pinang bernama Kim Seong Cheong dirompak di kawasan Raja Mahadi .Oleh itu,British menghantar angkatan tenteranya yang mengandungi 2 buah kapal perang iaitu Pluto dan Rinaldo menggempur kubu Raja Mahadi.Pada 16 November 1873, sebuah kapal british dari Melaka dirompak di Sungai Jugra , Langat berhampiran dengan kediaman Sultan Abdul Samad yang mengakibatkan lapan orang anak kapal rakyat British.
 Oleh itu,Andrew Clerk menangkap sembilan orang anak Melayu Selangor.Pada Februari 1874, perbicaraan diadakan dan tahanan-tahanan tersebut didapati bersalah.Tujuh orang dihukum mati.Pada  akhir tahun 1873, sebuah kapal British dari Melaka diserang lanun yang memusnahkan rumah api di Tanjung  Tuan.British mengesyaki dalang di sebalik rompakan tersebut ialah kerabat diraja Selangor sendiri.Andrew Clerk meminta bantuan tentera British di Laut China yang dipimpin oleh Charles Shadwell  untuk mengepung dan menyerang Pantai Selangor.
                        Pada bulan Ogos 1874 telah berlaku rompakan di Sungai Langat dan Sungai Labu.Andrew Clerk berkunjung ke Selangor untuk membuat  rundingan sebanyak tiga kali dengan Sultan Abdul Samad. Hasilnya, Andrew Clerk menempatkan Frank Swettenham dari Singapura sebagai pagawai tadbir awam NNS dan Singapura untuk membantu sekaligus melindungi sultan dan kerajaan Selangor.Kedatangan Frank Swettenham disertai bersama dengan 20 askar sepoi. British melantik Frank Swettenham sebagai penasihat rasmi Sultan Abdul Samad.British meletakkan Selangor dibawa naungan kerajaan British mengikut suratnya bertarikh oktober 1874.Seorang residen berjaya ditempatkan di Selangor.Selain itu,pelantikan J.G.Davidson sebagai residen pertama manakala Frank Swettenham dilantik sebagai penolong residen.
                       British telah campur tangan di Sungai Ujong melalui persaingan yang wujud antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar untuk menguasai kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British dan menerimaseorang residen British.Datuk Kelana telah diiktiraf sebagai pemerintah sah Sungai Ujong.Melalui perjanjian 16  September 1874, Datuk Kelana diberi seorang penolong Residen iaitu W.I.Tatham.Setelah dikalahkan,Datuk Bandar  tidak lagi campur dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong.
Campur tangan di Negeri Sembilan:
                               Campur tangan di Negeri Sembilan berlaku apapbila Sir Frederick Weld menguasai daerah –daerah di Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1888 , hanya daerah tampin yang belum dapat ditebusi oleh Britsh.Dengan adanya, pengaruh dari daerah Rembau , daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menanti.Gabungan ini bersetuju menerima Martin Lister sebagai residen British. Gabungan ini bertambah besar apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Martin Lister sebagai residen British.

Campur Tangan Di Pahang:
                         British campur tangan di Pahang apabila berlakunya  pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur..Wan Ahmad mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Muazzam Syah pada bulan disember 1884 .Beliau telah melantik puteranya Tengku Mahmud sebagai pewaris.Wan Mansur berasa tidak puas hati lalu merancang untuk melancarkan serangan dengan bantuan British.Serangan itu berjaya dihalang.
                     Pada bulan April 1885, Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk menyelesaikan perbalahan ini secara aman.Sultan Ahmad diberi cadangan untuk menerima seorang residen British namun .Usaha Swettenham gagal.Oleh itu,British terus mendesak sultan Ahmad untuk menerima seorang residen Pahang.British telah menerima John Pickersgill Rodger sebagai residen British melalui perjanjian 18 Oktober 1887.188
Sistem Residen               
Sistem Residen turut diterima oleh negeri Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan .Antara tujuan  jawatan residen ini ialah British dapat mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri Melayu.Selain itu,British boleh lebih berkuasa terhadap negeri-negeri Melayu dalam pemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung beban belanja tambahan dan tanggungjawab sepenuhnya yang dilakukan di Negeri-Negeri Selat.
                      Pengawasan British sebagai penjajah adalah melalui institusi politik yang sedia ada,iaitu institusi politik tersebut digunakan dan dipelihara pada nama.Mereka berharap untuk mencetuskan perubahan secara perlahan-lahan.Antara matlamat Sistem Residen adalah untuk menegakkan keamanan melalui peruntukan perundangan.Selain itu,British ingin mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur.Sistem Residen membolehkan British mengeksploitasi sumber semula jadi negeri-negeri Melayu.
                           Antara keburukan Sistem Residen ini ialah tiada sistem yang jelas yang menyebabkan pegawai-pegawai British yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai sebarang garis panduan rasmi dalam mencapai matlamat mereka.Residen perlu menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara mereka tanpa mendapat bantuan kerajaan British.Hal ini kerana kerajaan British tidak mahu Sistem Residen menjadi beban kepada mereka.
                            Hal ini telah menyebabkan elaun dan gaji residen dibayar oleh negeri-negeri Melayu.Kesukaran perhubungan antara Gabenor NNS dan masalah –masalah di setiap negeri menyebabkan residen berkuasa penuh dalam usaha menegakkan asas pentadbiran moden. Antara harapan terhadap residen ialah mengekalkan keamanan,memungut cukai dan hasil serta memajukan sumber kekayaan tanpa diberitahu cara pelaksanaan.
                        Residen menjadi pemerintah sebenar kerana residen hanya bersidang dengan gabenor tujuh kali dalam setahun.Residen  memanggil agenda perundingan dengan gabenor sebelum undang-undang baru diluluskan .Residen juga tidak mengambil kira pandangan para pembesar atau sultan.
                             Residen telah menyekat hak pembesar tempatan  iaitu mengutip cukai.Residen membelakangkan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri.Selain itu,gabenor tidak dapat mengawal kuasa residen disebabkanoleh beberapa faktor seperti kurang hubungan yang berlaku,kedudukannya yang beribu pejabat di Singapura,kurang maklumat yang diperoleh dan beliau sendiri yang tidak berminat dalam hal ehwal negeri Melayu.
                  Kejadian yang mengambarkan residen berkuasa dalam semua perkara telah menyebabkan para pembesar dan sultan tidak berpuas hati.Sebagai contoh,di Perak ,residen J.W.W.Birch telah dibunuh pada tahun 1875 disebabkan kemarahan terhadap residen .Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas dalam dalam tugas mereka dan mereka telah menjalankan tugas berdasarkan wibawa dan kepentingan masing-masing.Oleh itu,British di Perak telah memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri.
                 Sistem Residen ini telah memberi impak yang mendalam kepada ekonomi,politik dan sosial negeri-negeri yang terlibat.Antara pembangunan ekonomi negeri ialah negeri yang terlibat mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakain meningkat disebabkan perkembangan perusahaan bijih timah ,kopi dan getah. 
                Selain itu,penempatan mula berkembang dan kawasan perbandaran diwujudkan kerana kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor ekonomi moden.Namun begitu ,kesan ini telah menyebabkan ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan wilayah atau kawasan dalam sebuah negeri itu sendiri.Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur Barat manakala kaum peribumi jauh ketinggalan.
               Antara perubahan pengaruh politik ialah negeri-negeri masih berada di bawah penguasaan sultan.Pelantikan Residen British telah menyebabkan sultan tidak berkuasa mutlak dan pembesar hilang peranan mereka.Majlis Mesyuarat Negeri memperlihatkan lebih ramai pihak dalam pentadbiran negeri.Pada masa yang sama, keamanan negeri berjaya dipulihkan. 
              Antara perkembangan sosial ialah perkembangan infrastruktur seperti sistem jalan raya dan jalan kereta api,pusat kesihatan,bekalan air ,bekalan elektrik ,pos,telegraf dan sebagainya.Perkembangan ini hanya tertumpu di kawasan –kawasan yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi dan di bandar.

Negeri-negeri Selat(NNS) :

            Antara negeri yang terlibat dalam pembentukan Negeri-Negeri Selat ialah negeri Melaka,negeri Pulau Pinang dan negeri Singapura.Pada tahun 1826 ,kesemua negeri tersebut disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-Negeri Selat (NNS).Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah unit pentadbiran Residensi NNS dan Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama NNS.
            NNS diketuai oleh Gabenor pada peringkat pusat dan dibantu oleh sebuah majlis yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai awam.Gabenor yang pertama ialah Robert Fullerton.Pada peringkat negeri,setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular.Pada tahun 1830,NNS telah dijadikan sebuah Residensi dan diletakkan di bawah Residensi Benggala.
Pada 1 April 1867,pentadbiran NNS telah diletakkan secara rasmi di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.NNS telah dijadikan wilayah pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony).Sistem ini menyebabkan Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) :

                Pada tahun 1895,Sistem Residen semakin kukuh di Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan.Oleh itu,kerajaan British telah menubuhkan NNMB melaui Perjanjian Persekutuan yang meliputi keempat-empat negeri tersebut.Penubuhan ini dikuat kuasa secara rasmi pada 1Julai 1896.NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
                 Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor NNS manakala Gabenor bertanggungjawabkepada Pesuruhjaya Tinggi British di London .Residen Jeneral pertama ialah Frank Swettenham.Jawatan residen bagi keempat-empat negeri dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral yang bertanggungjawab menasihati raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran kecuali agama dan adat istiadat .
               Kuasa pentadbiran dibahagikan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.Sebuah majlis yang dikenali sebagai Durbar ditubuhkan.Majlis ini merupakan sebuah persidangan yang dihadiri oleh raja-raja Melayu bersama-sama pegawai British untuk membincangkan kepentingan NNMB.

Faktor-faktor Penubuhan NNMB:

                          Antara faktor penubuhan NNMB ialah masalah kewangan di Pahang.Penentangan pemimpin –pemimpin tempatan di Pahang yang menyebabkan banyak kerosakan.Penentangan ini menelan belanja yang banyak dari segi peralatan senjata dan bekalan makanan tentera.Negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Perak dan Selangor dapat membantu Pahang menyelesaikan masalah kewangannya.
                Selain itu,NNMB terbentuk daripada Kelemahan Sistem Residen.Residen mentadbir hal ehwal pertanian,perlombongan ,sistem cukai dan isu-isu lain dengan cara mereka sendiri kerana tiada garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan membentuk pentadbiran yang seragam .Gabungan ini dapat mengawal kuasa residen yang mengatasi kuasa Gabenor British yang berpusat di Singapura.
               NNMB diharapkan dapat mengurangkan belanja untuk pentadbiran kerana sistem pemerintahan berasingan yang membahagikan negeri-negeri Melayu kepada wilayah masing-masing menelan kos yang banyak.Gabungan ini dapat menyelaraskan sistem pentadbiran dan memperbaik sistem perhubungan antara negeri tersebut.
              Antara kesan penubuhan NNMB ialah penubuhan beberapa jabatan seperti jabatan kerja raya,kewangan dan keadilan yang menyebabkan ramai kemasukan pegawai-pegawai British.Hal ini menyebabkan kuasa raja dan pembesar-pembesar tempatan merosot.Selain itu,tumpuan kuasa beralih kepada Residen Jeneral.Kuasa dan hak-hak Raja Melayu merosot kerana mereka menerima nasihat daripada Residen British di peringkat negeri dan Residen Jeneral pada peringkat pusat.
             Di samping itu,NNMB menyebabkan sistem pentadbiran yang lebih tersusun membawa kepada kestabilan ekonomi.Kestabilan ekonomi telah menarik minat dan kedatangan pelabur-pelabur asing ke Tanah Melayu.Pada masa yang sama,NNMB menggalakkan kemasukan buruh Cina dan India yang membentuk masyarakat majmuk di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun,terdapat persaingan ekonomi dan pengagihan kekayaan yang tidak adil.
Penubuhan NNMB ialah hasil rasa tidak puas hati dalam kalangan raja.Durbar pertama  diadakan pada tahun 1897 manakala Durbar kedua diadakan pada tahun 1903.Beberapa kritikan tentang pelaksanaan NNMB dibincangkan dalam Durbar.
Sebagai contoh,Sultan Idris dari negari Perak mengkritik pemusatan di tangan Residen Jeneral dan mendesak kerajaan British memulihkan kuasa raja-raja dan kerajaan negeri.Demi mengemaskinikan pentadbiran NNMB,Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada 1909.
Antara anggota yang terlibat dalam Sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi yang menggantikan Gabenor NNS.Pesuruhjaya Tinggi menjadi presiden yang berpusat di Singapura.Residen Jeneral berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi.Majlis Mesyuarat Persekutuan juga mempunyai empat orang raja Melayu,empat orang Residen British dan empat orang ahli tidak rasmi iaitu peniaga.
                Majlis Mesyuarat Persekutuan telah diadakan pada 11 Disember 1909 buat kali pertama.Majlis Mesyuarat Persekutuan  telah memberi banyak kesan buruk seperti tiada wakil dari masyarakat tempatan.Hal ini menunjukan orang Melayu kehilangan hak dalam pentadbiran  negara.Selain itu,kuasa sultan dalam majlis semakin merosot kerana mereka hanya ahli biasa.Mereka tidak boleh membuat keputusan dan mesyuarat ini diadakan tanpa kehadiran mereka.
                   Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa yang tinggi berbanding sultan  dan Pesuruhjaya Tinggi boleh melantik dan memberhentikan ahli tidak rasmi iaitu tiga orang Eropah dan seorang Cina mengikut budi bicaranya.

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB)

               Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dibentuk pada tahun 1909.Apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok.,empat buah negeri yang sebelum ini terletak di bawah naungan kuasa Siam iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada British.Oleh itu,Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.
              Raja Melayu mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidak berkuasa berbanding kuasa Residen di NNMB.Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua.British gagal menggabungkan NNMTB dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di NNMTB.

Pengagihan Kuasa Pusat (Desentralisasi 1920-1941):

                 Pengagihan kuasa pusat dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.Antara faktor pengenalan desentralisasi ialah Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran pada Pesuruhjaya Tinggi kerana mereka kehilangan kuasa.Pengenalan Majlis Mesyuarat Persekutuan menyebabkan sultan tidak puas hati kerana tidak memberi kuasa pemutus dan mesyuarat dijalankan tanpa kehadiran sultan.
                British menyatukan NNMB,NNMTB dan NNS.British berhasrat mengurangkan perbelanjaan pentadbiran semasa kemelesatan dunia pada tahun 1920-an.Desentralisasi diperkenalkan kerana wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi dalam hal pentadbiran.
                 Sir Lawrence Guillemard telah melakukan banyak perubahan melalui Desentralisasi .Antaranya ialah menyusun semula Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja-raja Melayu daripada majlis ini tetapi boleh berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi British di London.Selain itu,Majlis Mesyuarat Negeri mempunyai kuasa yang lebih untuk pentadbiran negeri iaitu menguruskan belanjawan negeri.
                Perubahan yang seterusnya ialah beberapa buah jawatan kerajaan yang berada di bawah peringkat pusat diletakkan dibawah peringkat negeri.Akhir sekali,jawatan Residen Jeneral dihapuskan.
                Di samping itu,sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1923.Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji pengagihan kuasa.Guillemard telah mengemukakan beberapa cadangan yang akhirnya diluluskan.Kuasa raja dipulihkan.Sebagai contoh rang undang –undang hanya sah setelah ditandatangani oleh raja-raja.
                Cecil Clementi meruskan usaha pelaksanaan desentralisasi selepas Guillemard.Antara pembaharuan yang dilakukan ialah Cecil Clementi telah memindahkan jabatan yang berada di bawah kerajaan kepada kawalan kerajaan negeri.Contoh jabatan yang dipindahkan adalah Jabatan Pertanian ,Jabatan Pendidikan ,Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.Selain itu kuasa Majlis Negeri dalam hal pentadbiran dan kewangan diperluaskan .
                 Penguasaan ekonomi Tanah Melayu masih diteruskan oleh  British melalui pengenalan Desentralisasi.Hal ini kerana Desentralisasi memudahkan British menguasai negeri-negeri Melayu.Serangan Jepun pada tahun 1941telah menamatkan rancangan Desentralisasi.

Sistem
Tahun Diperkenalkan
Negeri-negeri Terbabit
Sistem Residen
1874-1889
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
Negeri-Negeri Selat ( NNS )
1826
Pulau Pinang,Singapura dan Melaka
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB )
1896
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB )
1909-1919
Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor
Disentralisasi
1920-an
Semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu

Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajahan British :

                    Di Tanah Melayu telah wujud perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dalam beberapa peringkat dan keadaan.Hal ini dapat dilihat kerana rakyat sanggup berjuang dan berkorban nyawa bagi menbebaskan tanah air.Antara negeri yang terlibat dalam perjuangan ialah Kedah, Perlis dan  Terengganu yang dinaungi oleh  Siam telah melancarkan serangan.Kesultanan Melaka juga berjuang dengan orang Portugis untuk membebaskan Melaka daripada ancaman Portugis.Kerajaan Johor telah bersaing dengan Belanda.
                    Perjuangan pada peringkat awal ialah penentangan bersenjata dan melibatkan pertumpahan darah.Namun British berjaya menamatkan perjuangan tersebut.Beberapa siri perjuangan ini menyebabkan lahirnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan.

Penentangan di Naning :

                 Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 telah menyebabkan Melaka di bawah kuasa British.Antara kesan Perjanjian Inggeris-Belanda ialah Naning dijadikan sebagai sebahagian wilayah Melaka. Selain itu,penduduk Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka. Cadangan pegawai british ditentang oleh Dol Said(Abdul Said ).Perang Naning tercetus pada bulan julai 1831. British tewas dalam serangan pertama.Pada bulan Februari,Dol Said menyerah diri.

Penentangan di Selangor :

                Di Selangor pula,terdapat juga  permusuhan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi. Selain itu,telah wujud juga permusuhan antara Raja Mahadi dan Raja Ismail.Oleh itu,pada tahun 1868, sultan Selangor melantik Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor bagi menghentikan permusuhan. Malangnya,Tengku Kudin berpihak kepada Raja Ismail.

Penentangan di Perak :

                Di Perak,J.W.W Birch dilantik sebagai residen Perak tetapi tidak mendapat kerjasama daripada sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Sultan Abdullah dan Raja Ismail menghantar senjata kepada Dato’ Maharaja Lela,Panduk Indut dan Seputum diarahkan untuk membunuh Birch di Pasir Salak.
               Antara faktor penentangan di Perak ialah terdapat fahaman tentang fungsi residen yang berbeza.Kerajaan British dan Birch menyekat hak mengutip cukai iaitu dengan memberikan kepada pegawai yang dilantik oleh residen.Kepaksaan menandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan british pada tahun 1875.Pembaharuan yang diperkenalkan terlalu mendadak.Selain itu,Sikap peribadi Birch itu sendiri telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.Keberanian dan sikap sanggup berkorban penduduk tempatan sangat menonjol juga merupakan faktor yang menyebabkan penentangan berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan.

Penentangan di Pahang :

                         Di Pahang pula, penentangan telah berlaku apabila seorang wakil konsul British iaitu Hugh Clifford J.P.Rodger ialah pegawai British pertama yang memegang jawatan Residen di Pahang.Sistem Residen ditentang oleh pembesar dan rakyat dan ia telah mencetuskan pemberontakan di bawah pimpinan 3 orang tokoh tempatan yang terkemuka iaitu Dato’Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
                     Faktor-faktor yang menyebabkan pemberontakan orang Melayu ialah kehilangan kuasa.Selain itu ,Undang-Undang Tanah diperkenalkan manakala sistem kerah serta hamba abdi dihapuskan.Kes-kes jenayah dan sivil tidak boleh dihakimi oleh pembesar.Residen British membuat keputusan penting.Penghulu-penghulu tradisi digantikan.Ketidakpuas hati Sultan Ahmad, Datuk Bahaman dan Tok Gajah.Ketidakpuasan hati rakyat Pahang telah menyebabkan pemberontakan berlaku.
                 Pemberontakan pada Disember 1891 tidak berjaya yang memaksa Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.Penentangan kali kedua dan berakhir apabila ditewaskan pada tahun 1895 dan terpaksa menyerah diri. Tok Gajah dan Mat Kilau akhirnya berundur ke Terengganu.Dato’ Bahaman pula melarikan diri ke Siam.

Penentangan di Kelantan :

                  Perjanjian Inggeris-Siam iaitu Perjanjian Bangkok ditandatangani. Kuasa Siam ke atas Kelantan diserahkan kepada British.Oleh itu, James Scott Mason menjadi  Penasihat British yang pertama.Penentangan tercetus yang dipimpin oleh Tok Janggut iaitu Haji Mat Hassan bin Munas iaitu pedagang tempatan.

Punca penentangan di Kelantan :
1)      Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
ü  Pelantikan seorang Pegawai Daerah di Pasir Puteholeh kerajaan British mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional pembesar Melayu di kawasan Jeram.
2)      Pengenalan Sistem Tanah Baru 1915
ü  Januari 1915, Sistem Tanah Baru diperkenalkan oleh kerajaan British – orang ramai perlu membayar sewa tanah yang tetap.
3)      Pengenalan cukai hasil pertanian dan penternakan
ü  Hasil tanaman utama seperti padi serta kelapa dan peliharaan seperti lembu, kerbau, anjing serta babi.
4)      Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
ü  Pegawai tersebut ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas.

Penentangan di Terengganu:

                Penentangan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid iaitu Haji Abdul Rahman Limbong yang melancarkan  Pemberontakan Tani.Pemberontakan Tani berlaku kerana tiada dokumen rasmi berhubung pemilikan tanah yang mengandungi tanah tebang dan tanah waris.

Faktor pencetusan pemberontakan :
  • 1      Pungutan cukai oleh kerajaan British ke atas tanah, hasil tanah dan rakyat dikenakan cukai kepala.
  • 2     Kerajaan British memperkenalkan sistem pendidikan Barat yang berbeza dengan sistem pendidikan tradisional.
  • 3      Perkenalan ‘Pas Kebenaran’ kepada sesiapa yang ingin membuka tanah bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
  • 4     Penerokaan hutan yang berumur kurang dari tujuh tahun, tidak dibenarkan membawa senjata, peraturan suntikan cacar, sekatan pemburuan haiwan liar, peraturan menambat kerbau dan lembu dan pendaftaran kelahiran serta kematian.
  • 5    Selain cukai-cukai yang membebankan ,terdapat juga‘Pas Kebenaran’dan beberapa peraturan baharu yang diperkenalkan. Kebangkitan berlaku dimana orang Melayu menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Kebangkitan mereka telah ditewaskan oleh kerajaan British.

Penentangan di Sarawak :

             Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke.Namun begitu ,rakyat Sarawak telah membangkit untuk melakukan penentangan.Antara  pemberontakan terhadap pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak ialah James Brooke telah menghapuskan amalan perburuan kepala.Hal ini menyebabkan kumpulan Dayak Laut menyerang kubu kerajaan dan berjaya dimusnahkan.
         Penentangan yang seterusnya ialah pembesar-pembesar tempatan disatukan di bawah satu komplot yang diketuai oleh Sharif Masahor dan Abdul Ghapur .Mereka Berjaya membunuh dua orang pegawai British iaitu Fox dan Steele.Selain itu,masyarakat Iban telah menyerang tentera Brooke di Hulu Sungai Batang Lupar.Orang Dayak juga menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit.

Penentangan Di Sabah :
                    Sabah telah diletakkan dibawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British iaitu SBUB. Terdapat du kebangkitan yang hebat yang dicetuskan di Sabah.Penentangan yang dimaksudkan ialah penentangan yang dipimpin oleh Mat Salleh dan juga penentangan yang dilakukan di Rundum.
                    Kebangkitan Rundum telah dicetuskan oleh kaum Murut di daerah Rundum yang diketuai oleh Antanum.Antara faktor penentangan ialah pengenalan cukai yang membebankan rakyat seperti cukai  ke atas beras dan ubi kayu. Pengenalan ordinan dan mengerah rakyat tempatan tanpa sebarang upah juga menjadi punca penentangan di Rundum.
                    Kebangkitan Mohamed Salleh iaitu Mat Salleh adalah disebabkan oleh Pembangunan British yang banyak menyukarkan rakyat tempatan dan sekatan terhadap kuasa pembesar.Penentangan tercetus di Sungai Sugut pada 1894.

Pada Ogos 1895, Residen Barraut telah menyerang  kampung Mat Salleh.Akhirnya,Mat Salleh dibunuh dalam satu pertempuran pada 31 Januari 1900.