Sunday 14 September 2014

Pendudukan Kuasa Asing : Pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun
Pada tahun 1932, golongan tentera telah menguasai politik negara Jepun.Jepun menjadi sebuah kuasa yang hebat dan bertindak menyerang China pada tahun 1937.Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali untuk menyerang Kuasa Berikat(British dan Amerika Syarikat). Jepun juga menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.Seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi mangsa penguasaan Jepun pada bulan Februari 1942.

 


Faktor-faktor kejayaan Jepun :
·         Pihak British kurang bersedia untuk menghadapi serangan tentera Jepun .Pihak British menyangka dan hanya bertumpu di Singapura kerana terletaknya pusat pentadbiran British di situ. Jepun memulakan serangan dari arah utara(Kelantan).
·         Pihak British mengalami kesukaran untuk menghadapi tentera Jepun kerana bantuan tentera lambat sampai dan juga masalah kewangan.
·         Tentera Jepun menyerang melalui jalan laut. Pertahanan laut Bitish terlalu lemah terutama selepas dua buah perang kapal mereka ditenggelamkan oleh tentera Jepun.
·         Tentera Jepun mempunyai persediaan yang  lengkap kerana mereka mengintip maklumat tentang kubu British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera sebelum menyerang Tanah Melayu.
·         Tentera Jepun yang cukup terlatih,berpengalaman,bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik. Mereka tahan lasak sehingga sanggup meredah hutan dengan menggunakan basikal.
 


Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

·       Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu adalah bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utamanya :
ü Memulihkan keadaan awam. Mereka ingin mewujukan pemerintahan ‘Asia untuk Orang Asia'.
ü Memonopolikan sumber hasil ekonomi di Tanah Melayu. Hasil ekonomi digunakan untuk membantu masalah ekonomi di Jepun dan pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu.
·       Corak pentadbiran ketenteraan di Tanah Melayu :
ü Pentadbiran Tanah Melayu yang dekenali sebagai Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun(Gunseikan).
ü Setiap negeri diketuai oleh seorang Gabenor Jepun(Syuchokan) yang bertujuan menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri.
ü Singapura dikenali sebagai Syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.
ü Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu telah diserahkan kepada Thailand kerana memberi laluan kepada tentera Jepun.


Kesan-kesan Pendudukan Jepun

1)    Kesan Sosial
ü Penindasan terhadap orang cina ekoran permusuhan antara Jepun dan China.
ü Ramai pemuda terpaksa menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Kereta Api Maut.
ü Penduduk mengalami masalah kesihatan.
ü Negara mengalami masalah kekurangan beras.
ü Layanan Jepun yang berat-sebelah.
2)    Kesan Ekonomi
ü Kemerosotan ekonomi dari segi individu dan keluarga(harta benda dibelanjakan).
ü Perusahaan bijih timah dan getah merosot.
ü Banyak barang keperluan utama tidak dapat diperoleh.
ü Nilai mata wang negara jatuh dengan teruk.
3)    Kesan Politik
ü Masyarakat sedar akan kepentingan politik dalam mencapai kemerdekaan.
ü Orang Melayu mendapat peuang dan pengalaman dalam bidang pentadbiran.
ü Masyarakat tempatan mendapat ksedaran tentang kelemahan kuasa British.
ü Semangat nasionalisme dilahirkan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun

·         Tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu dan Singapura pada 15 Ogos 1945 akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

·         Pemerintahan Tanah Melayu diambil alih oleh Parti Komunis Malaya melalui Bintang Tiga.Namun Parti Komunis Malaya hanya menjajah selama 14 hari kerana British telah mengambil alih kuasa penjajahan mereka di Tanah Melayu dan Singapura pada September 1945.
·         Bagi memulihkan pemerintahan,British telah mengisytiharkan Darurat, Rancangan Briggs dan Rancangan Templer.Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu mengumumkan Darurat pada 17 Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.Darurat di Tanah Melayu berkuat kuasa dari tahun 1948 hingga 1960.
·         Antara perubahan yang dilakukan:
ü  Sir Gerald Templer memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan hitam dan kawasan putih.
ü  Kawasan hitam merujuk kepada kawasan yang giat dengan aktivit komunis dan diberi kawalan ketat.
ü  Kawasan putih adalah kawasan yang selamat dan bebas daripada pengaruh komunis.
ü  Sistem kad pengenalan diperkenalkan untuk membezakan warganegara dengan pengganas.
ü  Pengenalan Rancangan Penempatan Semula di bawah Rancangan Briggs yang diperkenalkan oleh seorang Jeneral British bernama Harold Briggs.Tujuannya ialah untuk menyekat makanan supaya pihak komunis tidak mudah mendapat makanan.
ü  Harold Briggs telah dilantik sebagai Pengarah Gerakan menentang komunis.
ü  Kampung Baru iaitu kampung-kampung di pinggir hutan ditempatkan di kawasan baru yang dilengkapi dengan sekolah dan pusat kesihatan.

  • Gerald Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang baharu kerana dianggap beliau lebih berkebolehan.

No comments:

Post a Comment