Tuesday, 16 September 2014

Pendudukan Kuasa Asing: Pendudukan Belanda



  • Eskpedisi Belanda yang terawal tiba di Kepulauan Melayu adalah pada tahun 1559. Tahun berikutnya semakin banyak pedagang-pedagang dari Belanda yang berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu bagi mendapatkan rempah ratus ,buah pala dan kayu cengkih.
  • Kepesatan perdagangan telah mendorong para pedagang dari Belanda bergabung membentuk  Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde Oost-indisiche Compagnie) atau V.O.C pada 20 Mac 1602.
    • Tujuan penubuhan V.O.C:  *menguasai pedagangan rempah di Kepulauan   Melayu*memonopoli perdagangan bijih timah


"Gambar di atas merupakan illustrasi kapal  Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde Oost-indisiche Compagnie)  "

Nota: VOC ialah sebuah syarikat perdagangan Belanda yang dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia ditubuhkan pada tahun 1602 oleh kumpulan pedagang Belanda di Betawi.

Belanda di Melaka

  • Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa pada tahun 1619, Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada pedagang dari seluruh dunia dan lama-kelamaan populariti Portugis di Melaka semakin merosot













                "Gambar di atas merupakan illustrasi peta dan penjajahan Belanda di Melaka"



  • Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara dihapuskan .Belanda juga bertujuan menghancurkan pelabuhan Melaka dan menarik minat para pedagang asing dan serantau Betawi.

  • Belanda pada akhirnya berjaya mengusir Portugis di Melaka dengan bantuan kerajaan Johor. Setelah menguasai Melaka Belanda telah melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka.Dasar dan matlamat  tersebut ialah :
    • Setiap kapal pedagang diwajibkan mendapatkan pas kebenaran berdagang untuk berdagang di Melaka.
    • Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja Melayu (Perak, Selangor dan Sungai Ujong)
  • Belanda dikatakan telah berjaya mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada akhir abad ke-17 hingga abad ke 18.
  • Pedagang Cina amat meminati  timah-timah negeri-negeri dari Tanah Melayu kerana ianya lebih mudah ditempa berbanding dengan timah dari barat.

Belanda di Perak

  • Belanda telah dibenarkan menjalankan perdagangan timah seawal tahun 1639 oleh Sultan Muzaffar shah II.
  •  Setelah menawan Melaka pada tahun 1641, VOC menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak  tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar. Ini membuatkan Belanda(Cornelis van der Lijn) berasa tidak puas hati membuat tindakan keatas Perak.
  • antara tindakan yang diambil Belanda ialah:
      • menyekat pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di Kuala Sungai Perak.
      • meminta bantuan dari Aceh, untuk memonopoli timah di Perak tetapi Sultan Tajul Alam hanya membenarkan berniaga di perak 

  • Pada tahun 15 Ogos 1650, John truijtman dihantar ke Aceh untuk berunding dengan Sultan Muzaffar dan seterusnya mendirikan loji.
  • Namun, loji teserbut diserang oleh orang Perak dan kesanya loji tersebut musnah serta 27 orang terbunuh.
  • Oleh itu, Trijutman ke Perak dan menuntut perkara-perkara tersebut:
      • Perjanjian supaya diperbahrui
      • memonopoli bijih timah sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji.
      • menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan
        .
  • Truijtman menyekat kapal-kapal di muara Sungai Perak dan mengepung Aceh. Jadi, Sultan terpaksa menandatangani perjanjian dengan Belanda pada 20 Jun 1659 yang menyatakan hanya Belanda yang berhak membeli timah di Perak dengan harga 3o rial sebahara.
  • Pada tahun 1670, Belanda membina kota di Pulau Pangkor dan diserang Perak pada tahun 1676 dan 1677.
  • Belanda terus mengukuhkan kedudukannya di Pangkor sehingga mengawal laluan perdagangan di Perak.
  • Belanda telah berjaya mengaut 450 ribu timah  dari Perak ke Melaka.

                         "Gambar ini menunjukkan bangunan yang dibina dalam kota di Pulau Pangkor"

  • Ketika Perak di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah, satu perjanjian telah ditandatangani oleh baginda sendiri dengan Belanda yang diwakili oleh Everard Cramer pada 17 Oktober 1765.
  • Perjanjian yang mengandungi 13 fasal itu ada menyebut:
      • sultan berjanji membekalkan timah kepada Belanda dengan harga 34 rial sebahara. 
      • sultan bertanggungjawab agar tidak berlaku penyeludupan dan sesiapa yang melanggarnya akan ditangkap
  • Apabila takhta di pangku oleh Raja Muda, baginda menaikkan harga timah kepada 44rial sebahara.Namun, pada 1795 loji Belanda terpaksa ditutup pada tahun 1795 akibat beberapa faktor seperti Surat-surat Kew dan status VOC.

Belanda di Selangor

  • Di Kuala Selangor  satu bahara dijual dengan harga 38 rial, Belanda menawar 36 rial sebahara timah di Selangor tetapi harga semasa 39 rial. Belanda tidak berpuas hati dan telah menyalahkan Sultan
  •  Selangor sebagai bertanggungjawab mempengaruhi pengusaha timah di Perak,Rembau dan Linggi untuk menjual timah di Selangor
  • Pada tahun 1758, Belanda pernah mengalah Bugis menguasai daerah Linggi.
  • Dalam pertempuran tersebut , Belanda telah menandatangani perjanjian  dengan orang Bugis  yang menyatakan daerah Klang,Linggi dan Rembau mestilah menjual semua hasil timah mereka ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda.


"Gambar di atas menunjukkan Rumah Api Bukit Selangor di tempat pentempuran Selangor-Belanda,Bukit Melawati"

  • Belanda bertambah bimbang apabila British mengunjungi Kuala Selangor(Kapal:Junk Selangor dan The bloome) dan mula berniaga kain dan candu dan kemudiannya membeli dagangan timah di sini.
  • Peranan Sultan Ibrahim :
      • Sebagai pembekal semua hasil timah kepada British dengan harga yang lebih baik dan tinggi kepada Belanda
      • Mengadakan hubungan baik dengan British bagi mengelakkan ancaman kententeraan Belanda

  • Persaingan antara ekonomi yang meletus antara Johor dan Belanda serta melibatkan Selangor telah memaksa Sultan Ibrahim pada 29 Julai 1786 yang menyatakan Selangor memberi kebenaran kepada Belanda untuk memonopoili penuh perdagangan timah.

  • Melalui Surat-surat Kew Belanda menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada British.Setelah perang Napoleon tamat British terpaksa menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.

  • Oleh itu ,British mempengaruhi negeri-negeri Melayu dan memaksa Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda yang bertujuan mengagihkan kawasan Alam Melayu kepada dua iautu sama ada di kuasaan Belanda atau British










No comments:

Post a Comment