Pendudukan British
British
merupakan antara kuasa barat yang berminat dengan kekayaan ekonomi Tanah
Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan British bertujuan untuk mengeksploistasi
sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan, hasrat British untuk
terus menguasai ekonomi telah membawa kepada campur tangan politik mereka di
Tanah Melayu.
Kedatangan British Ke Tanah Melayu
Di Selangor, Sultan Ibrahim mempunyai
hubungan dengan pedagang-pedagang British. Kunjungan kapal-kapal British yang
kerap ke Selangor dikenali sebagai country traders merupakan faktor penyumbang pertumbuhan perdagangan di Kuala Selangor. Pendatang-pendatang
menjual kain dan candu dari India.Selepas itu, mereka membeli bijih timah
dengan harga yang tinggi.
Bermula pada tahun 1778
hingga tahun 1780, bilangan kapal british ke Melaka meningkat daripada 62
buah ke 65 buah.Sebuah Syarikat Perniagaan Madras ditubuhkan pada tahun 1766
telah pergi ke Aceh dan Kuala Selangor untuk memasarkan kain dan timah.Selangor
menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang British . Francis Light dan James Scott menggangotai syarikat.Hal ini kerana mereka
mempromosikan kepentingan pusat-pusat perdagangan di Selangor,Kedah dan Pulau
Pinang kepada pedagang British.
Pengunduran Belanda
adalah akibat daripada Surat-surat Kew pada tahun 1795. British mempergiatkan
usaha memonopoli bijih timah dan British juga mendapat lebih kurang 2000 bahara (6000 pikul) timah dari Perak
untuk dibawa ke Pulau Pinang serta memonopoli timah di Selangor dan Perak
menjadi tetap apabila termeterainya perjanjian perdagangan antara Sultan
Selangor dan Sultan Perak dengan wakil British iaitu Walter Sewell Cracroft
pada 30 julai 1818.
Perbuatan ini mengorak langkah ke
negeri-negeri Melayu lain seperti Kedah.Pada tahun 1771, syarikat British iaitu
Francis Jourdain mendapat kebenaran untuk
mendirikan loji di Kuala Kedah daripada Sultan Muhammad Jiwa .Pada tahun
1772,Sultan Muhammad Jiwa berjanji dengan Edward Monckton untuk menjual semua
hasil gading gajah,lada hitam dan bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur
British.Pada tahun 1784, Thomas Forrest berjaya mendapat kebenaran mendirikan
banyak gudang dan loji di Kedah.
Hal ini menyebabkan Francis Light
untuk menduduki Pulau Pinang.British tidak terlibat dalam pentadbiran pada
mulanya kerana hanya memberi tumpuan untuk memonopoli hasil ekonomi.Sikap
British telah berubah apabila usaha memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan
terganggu yang menyebabkan British campur tangan dalam penguasaan kawasan
perlombongan bijih timah.
Campur Tangan British
Dalam Politik Di Negeri-Negeri Selat
Pendudukan di Pulau Pinang
:
Pendudukan
British di Pulau Pinang bermula dengan British mencari tapak yang strategik di
Selat Melaka.Oleh itu,Francis Light telah menemui Pulau Pinang dan ingin
memiliki Pulau Pinang.Francis Light menemui Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan
Pulau Pinang.Francis Light telah menemui Gabenor Jeneral NNS untuk mencadangkan
Ujong Salang.
Seterusnya,Francis Light
telah menemui Sultan Abdullah yang pada masa itu menghadapi masalah politik
memberi persetujuan untuk memberi Pulau Pinang dengan syarat iaitu memberi
bantuan tentera apabila diancam musuh.Sultan dibayar ganti rugi sebanyak RM
30000.Pada 11 Ogos 1786,penaikan bendera Union Jack diadakan.
Pendudukan di Singapura :
Pada 6 Februari 1819,Stamford Raffles berjaya
menduduki Singapurakerana mengambil kesempatan terhadap pertikaian antara
Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda kerajaan Johor.Raja Jaafar
menyingkirkan Tengku Hussin daripada diangkat menjadi sultan Johor-Riau selepas
Sultan Mahmud mangkat.Tengku Abdul Rahman pula mengisi jawatan tersebut.Tengku
Hussin menerima pelawaan Stamford Raffles dan Tengku Hussin dilantik sebagai sultan Singapura dan Johor.British
dibenarkan menjadi Singapura sebagai pangkalan tentera dan perdagangan.
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 :
Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824 telah ditandatangani antara Inggeris dan Belanda .Antara
kandungannya ialah pengagihan kawasan Alam Melayu kepada dua iaitu dibawah kekuasaan British dan Belanda.Perjanjian ini memastikan penguasaan
penuh British ke atas Negeri-negeri Tanah Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat
lain.Kawasan British meliputi
Semenanjung Tanah Melayu ,
Singapura , Sabah , Sarawak dan Brunei manakala Kawasan Belanda menjajah
negeri-negeri yang terdapat di bawah Singapura.Perjanjian ini menyebabkan
empayar Johor-Riau telah terbahagi kepada dua dan menerima kesan
yang mendalam pada sistem pentadbiran.
Campur Tangan British di
Negeri-negeri Melayu
Campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu mempunyai dua faktor iaitu faktor ekonomi dan faktor
politik.Antara faktor ekonomi adalah untuk memastikan usaha memonopoli
hasil-hasil-hasil dagangan utama dapat berjalan dengan lancar.Selain
memonopolikan hasil-hasil dagangan,telah berlaku juga perkembangan Revolusi
Perindustrian iaitu proses mengetin makanan yang memerlukan hasil bijih timah
Dari segi dorongan politik pula,Britain sangat terpengaruh dengan
dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Selain itu,dasar imperialisme mulai merebak
di Britain.Hal ini menyebabkan kuasa asing boleh masuk dengan mudah melalui
persahabatan dan perhubungan perekonomian dengan raja-raja Melayu.
Campur Tangan di Perak:
Negeri Perak merupakan negeri
melayu yang terawal menerima penjajahan British.Hal ini kerana telah wujud
perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.Sultan Abdullah yang mangkat telah
digantikan oleh Sultan Jaafar.Raja Yusof yang sepatutnya menjadi raja bendahara
telah disingkirkan.Raja Ismail dilantik memegang jawatan raja bendahara.Apabila
Sultan Jafar mangkat, Raja Yusof
dinaikan jawatan yang lebih tinggi kerana Raja Abdullah dilantik sebagai raja
muda.
Campur Tangan di
Selangor:
Campur tangan di
Selangor berlaku disebabkan oleh situasi yang tidak
aman.Kebiasaannya,pembesar-pembesar akan mengutip cukai yang merupakan pendapatan utama
pembesar-pembesar dibuat di pintu masuk iaitu di muara – muara sungai.Perbuatan ini telah
menjadi satu tradisi.Semasa kapal yang melalui muara sungai itu enggan membayar
cukai,mereka akan dipaksa untuk bayar dan dianggap sebagai rompakan atau
pelanun.
Ramai
pedagang dan orang British menyampaikan aduan rompakan kepada Andrew Clerk.Pada
bulan jun 1871, sebuah kapal
saudagar Cina dari Pulau Pinang bernama Kim Seong Cheong dirompak di kawasan
Raja Mahadi .Oleh itu,British menghantar angkatan tenteranya yang mengandungi 2
buah kapal perang iaitu Pluto dan Rinaldo menggempur kubu Raja Mahadi.Pada 16
November 1873, sebuah kapal british dari Melaka dirompak di Sungai Jugra ,
Langat berhampiran dengan kediaman Sultan Abdul Samad yang mengakibatkan lapan orang anak kapal rakyat British.
Oleh itu,Andrew Clerk menangkap
sembilan orang anak Melayu Selangor.Pada
Februari 1874, perbicaraan diadakan dan tahanan-tahanan tersebut didapati
bersalah.Tujuh orang dihukum mati.Pada
akhir tahun 1873, sebuah kapal British dari Melaka diserang lanun yang
memusnahkan rumah api di Tanjung
Tuan.British mengesyaki dalang di sebalik rompakan tersebut ialah
kerabat diraja Selangor sendiri.Andrew Clerk meminta bantuan tentera British di Laut
China yang dipimpin oleh Charles
Shadwell untuk mengepung dan menyerang Pantai Selangor.
Pada bulan Ogos 1874 telah berlaku rompakan di Sungai Langat dan Sungai
Labu.Andrew Clerk berkunjung ke
Selangor untuk membuat rundingan
sebanyak tiga kali dengan Sultan Abdul Samad. Hasilnya, Andrew Clerk menempatkan
Frank Swettenham dari Singapura sebagai pagawai tadbir awam NNS dan Singapura
untuk membantu sekaligus melindungi sultan dan kerajaan Selangor.Kedatangan
Frank Swettenham disertai bersama dengan 20 askar sepoi. British
melantik Frank Swettenham sebagai penasihat rasmi Sultan Abdul Samad.British meletakkan Selangor dibawa naungan kerajaan British
mengikut suratnya bertarikh oktober 1874.Seorang residen berjaya
ditempatkan di Selangor.Selain itu,pelantikan
J.G.Davidson sebagai residen pertama manakala Frank Swettenham dilantik sebagai penolong residen.
British telah campur
tangan di Sungai Ujong melalui persaingan yang wujud antara Datuk Kelana dan
Datuk Bandar untuk menguasai kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.Datuk
Kelana bersetuju menerima perlindungan British dan menerimaseorang residen
British.Datuk Kelana telah diiktiraf sebagai
pemerintah sah Sungai Ujong.Melalui perjanjian 16 September 1874, Datuk Kelana diberi seorang
penolong Residen iaitu W.I.Tatham.Setelah dikalahkan,Datuk Bandar tidak lagi campur dalam hal ehwal pentadbiran
Sungai Ujong.
Campur tangan di Negeri Sembilan:
Campur tangan di
Negeri Sembilan berlaku apapbila Sir Frederick Weld menguasai daerah –daerah di
Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1888 , hanya daerah tampin yang belum dapat
ditebusi oleh Britsh.Dengan adanya, pengaruh dari daerah Rembau , daerah Tampin
bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menanti.Gabungan ini bersetuju
menerima Martin Lister sebagai residen British. Gabungan ini bertambah besar
apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Martin
Lister sebagai residen British.
Campur Tangan Di Pahang:
British campur tangan
di Pahang apabila berlakunya pertikaian
saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur..Wan Ahmad mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Pahang dengan gelaran
Sultan Ahmad Muazzam Syah pada bulan disember 1884 .Beliau telah melantik
puteranya Tengku Mahmud sebagai pewaris.Wan Mansur berasa tidak puas hati lalu
merancang untuk melancarkan serangan dengan bantuan British.Serangan itu
berjaya dihalang.
Pada bulan April 1885,
Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk menyelesaikan perbalahan ini secara
aman.Sultan Ahmad diberi cadangan untuk menerima seorang residen British namun
.Usaha Swettenham gagal.Oleh itu,British terus mendesak sultan Ahmad untuk
menerima seorang residen Pahang.British telah menerima John Pickersgill Rodger
sebagai residen British melalui perjanjian 18 Oktober 1887.188
7
Sistem Residen
Sistem
Residen turut diterima oleh negeri Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan
.Antara tujuan jawatan residen ini ialah
British dapat mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri
Melayu.Selain itu,British boleh lebih berkuasa terhadap negeri-negeri Melayu
dalam pemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung beban belanja tambahan dan
tanggungjawab sepenuhnya yang dilakukan di Negeri-Negeri Selat.
Pengawasan British
sebagai penjajah adalah melalui institusi politik yang sedia ada,iaitu
institusi politik tersebut digunakan dan dipelihara pada nama.Mereka berharap
untuk mencetuskan perubahan secara perlahan-lahan.Antara matlamat Sistem
Residen adalah untuk menegakkan keamanan melalui peruntukan perundangan.Selain
itu,British ingin mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang
teratur.Sistem Residen membolehkan British mengeksploitasi sumber semula jadi
negeri-negeri Melayu.
Antara keburukan
Sistem Residen ini ialah tiada sistem yang jelas yang menyebabkan
pegawai-pegawai British yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai sebarang
garis panduan rasmi dalam mencapai matlamat mereka.Residen perlu menggunakan
kebijaksanaan dan budi bicara mereka tanpa mendapat bantuan kerajaan
British.Hal ini kerana kerajaan British tidak mahu Sistem Residen menjadi beban
kepada mereka.
Hal ini telah
menyebabkan elaun dan gaji residen dibayar oleh negeri-negeri Melayu.Kesukaran
perhubungan antara Gabenor NNS dan masalah –masalah di setiap negeri
menyebabkan residen berkuasa penuh dalam usaha menegakkan asas pentadbiran
moden. Antara harapan terhadap residen ialah mengekalkan keamanan,memungut
cukai dan hasil serta memajukan sumber kekayaan tanpa diberitahu cara
pelaksanaan.
Residen menjadi
pemerintah sebenar kerana residen hanya bersidang dengan gabenor tujuh kali
dalam setahun.Residen memanggil agenda
perundingan dengan gabenor sebelum undang-undang baru diluluskan .Residen juga
tidak mengambil kira pandangan para pembesar atau sultan.
Residen telah
menyekat hak pembesar tempatan iaitu
mengutip cukai.Residen membelakangkan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri.Selain
itu,gabenor tidak dapat mengawal kuasa residen disebabkanoleh beberapa faktor
seperti kurang hubungan yang berlaku,kedudukannya yang beribu pejabat di
Singapura,kurang maklumat yang diperoleh dan beliau sendiri yang tidak berminat
dalam hal ehwal negeri Melayu.
Kejadian yang
mengambarkan residen berkuasa dalam semua perkara telah menyebabkan para
pembesar dan sultan tidak berpuas hati.Sebagai contoh,di Perak ,residen
J.W.W.Birch telah dibunuh pada tahun 1875 disebabkan kemarahan terhadap residen
.Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas dalam dalam tugas mereka dan
mereka telah menjalankan tugas berdasarkan wibawa dan kepentingan
masing-masing.Oleh itu,British di Perak telah memperkenalkan Majlis Mesyuarat
Negeri.
Sistem Residen
ini telah memberi impak yang mendalam kepada ekonomi,politik dan sosial
negeri-negeri yang terlibat.Antara pembangunan ekonomi negeri ialah negeri yang
terlibat mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakain meningkat disebabkan
perkembangan perusahaan bijih timah ,kopi dan getah.
Selain
itu,penempatan mula berkembang dan kawasan perbandaran diwujudkan kerana
kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor ekonomi moden.Namun begitu
,kesan ini telah menyebabkan ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri
dan wilayah atau kawasan dalam sebuah negeri itu sendiri.Sumber dan hasil
ekonomi dimonopoli oleh pelabur Barat manakala kaum peribumi jauh ketinggalan.
Antara perubahan
pengaruh politik ialah negeri-negeri masih berada di bawah penguasaan
sultan.Pelantikan Residen British telah menyebabkan sultan tidak berkuasa
mutlak dan pembesar hilang peranan mereka.Majlis Mesyuarat Negeri
memperlihatkan lebih ramai pihak dalam pentadbiran negeri.Pada masa yang sama,
keamanan negeri berjaya dipulihkan.
Antara perkembangan sosial ialah
perkembangan infrastruktur seperti sistem jalan raya dan jalan kereta api,pusat
kesihatan,bekalan air ,bekalan elektrik ,pos,telegraf dan
sebagainya.Perkembangan ini hanya tertumpu di kawasan –kawasan yang mempunyai
potensi ekonomi yang tinggi dan di bandar.
Negeri-negeri Selat(NNS) :
Antara negeri yang
terlibat dalam pembentukan Negeri-Negeri Selat ialah negeri Melaka,negeri Pulau
Pinang dan negeri Singapura.Pada tahun 1826 ,kesemua negeri tersebut disatukan
di bawah satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-Negeri Selat
(NNS).Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah unit pentadbiran Residensi NNS
dan Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama NNS.
NNS diketuai
oleh Gabenor pada peringkat pusat dan dibantu oleh sebuah majlis yang
dianggotai oleh beberapa orang pegawai awam.Gabenor yang pertama ialah Robert
Fullerton.Pada peringkat negeri,setiap negeri diketuai oleh seorang Residen
Konsular.Pada tahun 1830,NNS telah dijadikan sebuah Residensi dan diletakkan di
bawah Residensi Benggala.
Pada 1 April 1867,pentadbiran NNS telah diletakkan secara
rasmi di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.NNS telah dijadikan
wilayah pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony).Sistem ini menyebabkan
Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) :
Pada
tahun 1895,Sistem Residen semakin kukuh di Perak,Selangor,Pahang dan Negeri
Sembilan.Oleh itu,kerajaan British telah menubuhkan NNMB melaui Perjanjian
Persekutuan yang meliputi keempat-empat negeri tersebut.Penubuhan ini dikuat
kuasa secara rasmi pada 1Julai 1896.NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral
yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor NNS manakala Gabenor
bertanggungjawabkepada Pesuruhjaya Tinggi British di London .Residen Jeneral
pertama ialah Frank Swettenham.Jawatan residen bagi keempat-empat negeri
dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral yang
bertanggungjawab menasihati raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran
kecuali agama dan adat istiadat .
Kuasa
pentadbiran dibahagikan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.Sebuah majlis
yang dikenali sebagai Durbar ditubuhkan.Majlis ini merupakan sebuah persidangan
yang dihadiri oleh raja-raja Melayu bersama-sama pegawai British untuk
membincangkan kepentingan NNMB.
Faktor-faktor Penubuhan NNMB:
Antara faktor
penubuhan NNMB ialah masalah kewangan di Pahang.Penentangan pemimpin –pemimpin
tempatan di Pahang yang menyebabkan banyak kerosakan.Penentangan ini menelan
belanja yang banyak dari segi peralatan senjata dan bekalan makanan
tentera.Negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Perak dan Selangor dapat
membantu Pahang menyelesaikan masalah kewangannya.
Selain itu,NNMB terbentuk
daripada Kelemahan Sistem Residen.Residen mentadbir hal ehwal
pertanian,perlombongan ,sistem cukai dan isu-isu lain dengan cara mereka
sendiri kerana tiada garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan membentuk
pentadbiran yang seragam .Gabungan ini dapat mengawal kuasa residen yang
mengatasi kuasa Gabenor British yang berpusat di Singapura.
NNMB diharapkan dapat
mengurangkan belanja untuk pentadbiran kerana sistem pemerintahan berasingan
yang membahagikan negeri-negeri Melayu kepada wilayah masing-masing menelan kos
yang banyak.Gabungan ini dapat menyelaraskan sistem pentadbiran dan memperbaik
sistem perhubungan antara negeri tersebut.
Antara kesan penubuhan
NNMB ialah penubuhan beberapa jabatan seperti jabatan kerja raya,kewangan dan
keadilan yang menyebabkan ramai kemasukan pegawai-pegawai British.Hal ini
menyebabkan kuasa raja dan pembesar-pembesar tempatan merosot.Selain
itu,tumpuan kuasa beralih kepada Residen Jeneral.Kuasa dan hak-hak Raja Melayu
merosot kerana mereka menerima nasihat daripada Residen British di peringkat
negeri dan Residen Jeneral pada peringkat pusat.
Di samping itu,NNMB
menyebabkan sistem pentadbiran yang lebih tersusun membawa kepada kestabilan
ekonomi.Kestabilan ekonomi telah menarik minat dan kedatangan pelabur-pelabur
asing ke Tanah Melayu.Pada masa yang sama,NNMB menggalakkan kemasukan buruh
Cina dan India yang membentuk masyarakat majmuk di Tanah Melayu.Walau
bagaimanapun,terdapat persaingan ekonomi dan pengagihan kekayaan yang tidak
adil.
Penubuhan NNMB ialah hasil rasa tidak puas hati dalam
kalangan raja.Durbar pertama diadakan
pada tahun 1897 manakala Durbar kedua diadakan pada tahun 1903.Beberapa
kritikan tentang pelaksanaan NNMB dibincangkan dalam Durbar.
Sebagai contoh,Sultan Idris dari negari Perak mengkritik
pemusatan di tangan Residen Jeneral dan mendesak kerajaan British memulihkan
kuasa raja-raja dan kerajaan negeri.Demi mengemaskinikan pentadbiran
NNMB,Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada 1909.
Antara anggota yang terlibat dalam Sistem Majlis
Mesyuarat Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi yang menggantikan Gabenor
NNS.Pesuruhjaya Tinggi menjadi presiden yang berpusat di Singapura.Residen
Jeneral berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi.Majlis Mesyuarat Persekutuan
juga mempunyai empat orang raja Melayu,empat orang Residen British dan empat
orang ahli tidak rasmi iaitu peniaga.
Majlis Mesyuarat Persekutuan telah diadakan pada 11 Disember 1909 buat
kali pertama.Majlis Mesyuarat Persekutuan
telah memberi banyak kesan buruk seperti tiada wakil dari masyarakat
tempatan.Hal ini menunjukan orang Melayu kehilangan hak dalam pentadbiran negara.Selain itu,kuasa sultan dalam majlis
semakin merosot kerana mereka hanya ahli biasa.Mereka tidak boleh membuat
keputusan dan mesyuarat ini diadakan tanpa kehadiran mereka.
Pesuruhjaya Tinggi mempunyai
kuasa yang tinggi berbanding sultan dan
Pesuruhjaya Tinggi boleh melantik dan memberhentikan ahli tidak rasmi iaitu
tiga orang Eropah dan seorang Cina mengikut budi bicaranya.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB) |
Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dibentuk pada tahun 1909.Apabila British dan
Siam menandatangani Perjanjian Bangkok.,empat buah negeri yang sebelum ini
terletak di bawah naungan kuasa Siam iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu
diserahkan kepada British.Oleh itu,Penasihat British telah diletakkan di setiap
negeri tersebut.
Raja Melayu
mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidak berkuasa
berbanding kuasa Residen di NNMB.Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB
sehingga Perang Dunia Kedua.British gagal menggabungkan NNMTB dengan NNMB
kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di NNMTB.
Pengagihan Kuasa Pusat (Desentralisasi 1920-1941):
Pengagihan kuasa
pusat dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.Antara faktor
pengenalan desentralisasi ialah Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan
pemusatan kuasa pentadbiran pada Pesuruhjaya Tinggi kerana mereka kehilangan
kuasa.Pengenalan Majlis Mesyuarat Persekutuan menyebabkan sultan tidak puas
hati kerana tidak memberi kuasa pemutus dan mesyuarat dijalankan tanpa
kehadiran sultan.
British menyatukan
NNMB,NNMTB dan NNS.British berhasrat mengurangkan perbelanjaan pentadbiran
semasa kemelesatan dunia pada tahun 1920-an.Desentralisasi diperkenalkan kerana
wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi dalam
hal pentadbiran.
Sir Lawrence Guillemard telah melakukan banyak
perubahan melalui Desentralisasi .Antaranya ialah menyusun semula Majlis
Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja-raja Melayu daripada majlis
ini tetapi boleh berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi British di
London.Selain itu,Majlis Mesyuarat Negeri mempunyai kuasa yang lebih untuk
pentadbiran negeri iaitu menguruskan belanjawan negeri.
Perubahan yang
seterusnya ialah beberapa buah jawatan kerajaan yang berada di bawah peringkat
pusat diletakkan dibawah peringkat negeri.Akhir sekali,jawatan Residen Jeneral
dihapuskan.
Di samping
itu,sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1923.Tujuan penubuhan
jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji pengagihan kuasa.Guillemard telah
mengemukakan beberapa cadangan yang akhirnya diluluskan.Kuasa raja dipulihkan.Sebagai
contoh rang undang –undang hanya sah setelah ditandatangani oleh raja-raja.
Cecil Clementi
meruskan usaha pelaksanaan desentralisasi selepas Guillemard.Antara pembaharuan
yang dilakukan ialah Cecil Clementi telah memindahkan jabatan yang berada di
bawah kerajaan kepada kawalan kerajaan negeri.Contoh jabatan yang dipindahkan
adalah Jabatan Pertanian ,Jabatan Pendidikan ,Jabatan Kesihatan dan Jabatan
Kerja Raya.Selain itu kuasa Majlis Negeri dalam hal pentadbiran dan kewangan
diperluaskan .
Penguasaan ekonomi Tanah
Melayu masih diteruskan oleh British
melalui pengenalan Desentralisasi.Hal ini kerana Desentralisasi memudahkan
British menguasai negeri-negeri Melayu.Serangan Jepun pada tahun 1941telah
menamatkan rancangan Desentralisasi.
Sistem
|
Tahun Diperkenalkan
|
Negeri-negeri Terbabit
|
Sistem Residen
|
1874-1889
|
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
|
Negeri-Negeri Selat ( NNS )
|
1826
|
Pulau Pinang,Singapura dan Melaka
|
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB )
|
1896
|
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
|
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB )
|
1909-1919
|
Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor
|
Disentralisasi
|
1920-an
|
Semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu
|
Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajahan British :
Di
Tanah Melayu telah wujud perjuangan untuk mencapai
kemerdekaan dalam beberapa peringkat dan keadaan.Hal ini dapat dilihat kerana
rakyat sanggup berjuang dan berkorban nyawa bagi menbebaskan tanah air.Antara
negeri yang terlibat dalam perjuangan ialah Kedah, Perlis dan Terengganu yang dinaungi oleh Siam telah melancarkan serangan.Kesultanan
Melaka juga berjuang dengan orang Portugis untuk membebaskan Melaka daripada
ancaman Portugis.Kerajaan Johor telah bersaing dengan Belanda.
Perjuangan
pada peringkat awal ialah penentangan bersenjata dan melibatkan pertumpahan
darah.Namun British berjaya menamatkan perjuangan tersebut.Beberapa siri
perjuangan ini menyebabkan lahirnya semangat nasionalisme dalam kalangan
masyarakat tempatan.
Penentangan di Naning :
Perjanjian
Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 telah menyebabkan Melaka di bawah kuasa
British.Antara kesan Perjanjian Inggeris-Belanda ialah Naning dijadikan sebagai sebahagian wilayah Melaka.
Selain itu,penduduk Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka.
Cadangan pegawai british ditentang oleh Dol Said(Abdul Said ).Perang Naning
tercetus pada bulan julai 1831. British tewas dalam serangan pertama.Pada bulan
Februari,Dol Said menyerah diri.
Penentangan di Selangor :
Di Selangor pula,terdapat
juga permusuhan antara Raja Abdullah dan
Raja Mahadi. Selain itu,telah wujud juga permusuhan antara Raja Mahadi dan Raja
Ismail.Oleh itu,pada tahun 1868, sultan Selangor melantik Tengku Kudin sebagai
Wizurai Selangor bagi menghentikan permusuhan. Malangnya,Tengku Kudin berpihak
kepada Raja Ismail.
Penentangan di Perak :
Di Perak,J.W.W Birch
dilantik sebagai residen Perak tetapi tidak mendapat kerjasama daripada sultan
dan pembesar-pembesar Melayu. Sultan Abdullah dan Raja Ismail menghantar
senjata kepada Dato’ Maharaja Lela,Panduk Indut dan Seputum diarahkan untuk
membunuh Birch di Pasir Salak.
Antara faktor penentangan di
Perak ialah terdapat fahaman tentang fungsi residen yang berbeza.Kerajaan
British dan Birch menyekat hak mengutip cukai iaitu dengan memberikan kepada
pegawai yang dilantik oleh residen.Kepaksaan menandatangani surat penyerahan
kuasa kepada kerajaan british pada tahun 1875.Pembaharuan yang diperkenalkan
terlalu mendadak.Selain itu,Sikap peribadi
Birch itu sendiri telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk
tempatan.Keberanian dan sikap sanggup berkorban penduduk tempatan sangat
menonjol juga merupakan faktor yang menyebabkan penentangan berlaku dalam
kalangan masyarakat tempatan.
Penentangan di Pahang :
Di Pahang pula,
penentangan telah berlaku apabila seorang wakil konsul British iaitu Hugh
Clifford J.P.Rodger ialah pegawai British pertama yang memegang jawatan Residen
di Pahang.Sistem Residen ditentang oleh pembesar dan rakyat dan ia telah
mencetuskan pemberontakan di bawah pimpinan 3 orang tokoh tempatan yang
terkemuka iaitu Dato’Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
Faktor-faktor yang
menyebabkan pemberontakan orang Melayu ialah kehilangan kuasa.Selain itu
,Undang-Undang Tanah diperkenalkan manakala sistem kerah serta hamba abdi
dihapuskan.Kes-kes jenayah dan sivil tidak boleh dihakimi oleh pembesar.Residen
British membuat keputusan penting.Penghulu-penghulu tradisi
digantikan.Ketidakpuas hati Sultan Ahmad, Datuk Bahaman dan Tok
Gajah.Ketidakpuasan hati rakyat Pahang telah menyebabkan pemberontakan berlaku.
Pemberontakan pada Disember
1891 tidak berjaya yang memaksa Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.Penentangan
kali kedua dan berakhir apabila ditewaskan pada tahun 1895 dan terpaksa
menyerah diri. Tok Gajah dan Mat Kilau akhirnya berundur ke Terengganu.Dato’
Bahaman pula melarikan diri ke Siam.
Penentangan di Kelantan :
Perjanjian Inggeris-Siam iaitu Perjanjian Bangkok ditandatangani. Kuasa
Siam ke atas Kelantan diserahkan kepada British.Oleh itu, James Scott Mason
menjadi Penasihat British yang
pertama.Penentangan tercetus yang dipimpin oleh Tok Janggut iaitu Haji Mat
Hassan bin Munas iaitu pedagang tempatan.
Punca penentangan di Kelantan :
1)
Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
ü Pelantikan seorang
Pegawai Daerah di Pasir Puteholeh kerajaan British mengakibatkan kehilangan
kuasa tradisional pembesar Melayu di kawasan Jeram.
2)
Pengenalan Sistem Tanah Baru 1915
ü Januari 1915,
Sistem Tanah Baru diperkenalkan oleh kerajaan British – orang ramai perlu
membayar sewa tanah yang tetap.
3)
Pengenalan cukai hasil pertanian dan penternakan
ü Hasil tanaman utama
seperti padi serta kelapa dan peliharaan seperti lembu, kerbau, anjing serta
babi.
4)
Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
ü Pegawai tersebut
ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas.
Penentangan di Terengganu:
Penentangan di Terengganu
diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid iaitu Haji Abdul Rahman
Limbong yang melancarkan Pemberontakan
Tani.Pemberontakan Tani berlaku kerana tiada dokumen rasmi berhubung pemilikan
tanah yang mengandungi tanah tebang dan tanah waris.
Faktor pencetusan pemberontakan :
- 1 Pungutan cukai oleh kerajaan British ke atas tanah, hasil tanah dan rakyat dikenakan cukai kepala.
- 2 Kerajaan British memperkenalkan sistem pendidikan Barat yang berbeza dengan sistem pendidikan tradisional.
- 3 Perkenalan ‘Pas Kebenaran’ kepada sesiapa yang ingin membuka tanah bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
- 4 Penerokaan hutan yang berumur kurang dari tujuh tahun, tidak dibenarkan membawa senjata, peraturan suntikan cacar, sekatan pemburuan haiwan liar, peraturan menambat kerbau dan lembu dan pendaftaran kelahiran serta kematian.
- 5 Selain cukai-cukai yang membebankan ,terdapat juga‘Pas Kebenaran’dan beberapa peraturan baharu yang diperkenalkan. Kebangkitan berlaku dimana orang Melayu menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Kebangkitan mereka telah ditewaskan oleh kerajaan British.
Penentangan di Sarawak :
Sarawak ditadbir
oleh Dinasti Brooke.Namun begitu ,rakyat Sarawak telah membangkit untuk
melakukan penentangan.Antara
pemberontakan terhadap pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak ialah James
Brooke telah menghapuskan amalan perburuan kepala.Hal ini menyebabkan kumpulan
Dayak Laut menyerang kubu kerajaan dan berjaya dimusnahkan.
Penentangan yang
seterusnya ialah pembesar-pembesar tempatan disatukan di bawah satu komplot
yang diketuai oleh Sharif Masahor dan Abdul Ghapur .Mereka Berjaya membunuh dua
orang pegawai British iaitu Fox dan Steele.Selain itu,masyarakat Iban telah
menyerang tentera Brooke di Hulu Sungai Batang Lupar.Orang Dayak juga menentang
pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit.
Penentangan Di
Sabah :
Sabah telah
diletakkan dibawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British iaitu SBUB.
Terdapat du kebangkitan yang hebat yang dicetuskan di Sabah.Penentangan yang
dimaksudkan ialah penentangan yang dipimpin oleh Mat Salleh dan juga
penentangan yang dilakukan di Rundum.
Kebangkitan Rundum telah
dicetuskan oleh kaum Murut di daerah Rundum yang diketuai oleh Antanum.Antara
faktor penentangan ialah pengenalan cukai yang membebankan rakyat seperti
cukai ke atas beras dan ubi kayu.
Pengenalan ordinan dan mengerah rakyat tempatan tanpa sebarang upah juga
menjadi punca penentangan di Rundum.
Kebangkitan Mohamed Salleh
iaitu Mat Salleh adalah disebabkan oleh Pembangunan British yang banyak
menyukarkan rakyat tempatan dan sekatan terhadap kuasa pembesar.Penentangan
tercetus di Sungai Sugut pada 1894.
Pada Ogos 1895, Residen Barraut telah menyerang kampung Mat Salleh.Akhirnya,Mat Salleh
dibunuh dalam satu pertempuran pada 31 Januari 1900.
No comments:
Post a Comment